Friday, December 17, 2010

Pulut kuning

Assalamualaikum semua... Salam perkenalan.. 
1st entry blog masak DAPURCIKPUANMIEZA ni ummi letak gambar pulut kuning... pulut kuning yang dibuat sempena hari lahir yang ke-2 anakanda ummi, MUHAMMAD AQIL NURHAN... 


resipi ni ummi tgk kat blog sifu masak kita tak lain tak bukan dari blog kak lieza... kalau ikut resipi tu kak lieza buat 1kg... tapi ummi tak lah buat spai 1kg... cuma 3 cawan beras je... santan pun cuma pakai santan kotak je... tambah air sikit utk imbangkan kepekatan santan tu... gula garam ikut sesedap mulut... ummi lbh suka pulut ni lemak manis... ala2 letupat palas yg manis tu...


PULUT KUNING (resipi asal dr blog kak hanieliza)

Bahan 
1 kg beras pulut [ dibasuhkan] 
3 keping asam keping 
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan 
air secukupnya untuk merendam pulut. 


1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat] 
garam 
gula 

Cara: 
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam 
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya 
beras pulut ini rata warna kuningnya] 
2. Toskan beras pulut dalam tapisan. 
3. Panaskan kukusan. 
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang. 
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk. 
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. 
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula. 
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan. 
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi. 
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk] 
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.