Monday, January 24, 2011

Nasi kaya







Bahan: 
Lapisan bawah : 
2 cawan beras pulut 
2 1/2 cawan santan cair 
sedikit garam 

Lapisan atas : 
5 biji telur 
1 cawan santan (sederhana pekat) 
1 cawan air gula melaka (masakkan 2 keping gula melaka dgn secawan air) 
3 sudu besar gula pasir ( bergantung kpd kemanisan yg diingini) 
1 sudu makan tepung beras 
5 kuntum bunga cengkih ( kalau tak suka tak payah letak) 

Cara : 
Lapisan bawah : 
1) Basuhkan beras pulut dan rendam beberapa jam sebelum di masak. 
2) Masukkan santan cair + garam ke dalam beras pulut yang telah disejat. 
3) Kukus sehingga masak. 
4) Sapu sedikit minyak pada loyang yg lain. Kemudian tekankan pulut yang telah masak tadi sehingga mampat. 
5) Kukuskan semula seketika sebelum dituangkan lapisan atas. 

Lapisan atas: 
1) Masukkan semua bahan dan kacau hingga rata. 
2) Tapiskan adunan ke atas lapisan bawah. 
3) Kukus sehingga masak. 
4) Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 

APAM INDON

kuih apam indon.. ummi dapat dari sifu mamafami.. tapi resipi asal dari org lain rasanya..
saja nak cuba coz bhn yg diguna tu sume dah ada kat dapur.. tak susah pun..
Utk satu adunan tu ummi kukus satu acuan bulat yg kecik.. dan jugak 20 biji kekcawan.. org sibuk dgn cupcake tapi ummi wat cupapam je le.. 


 nurin pulak teramat le suka bila tgk makanan yg colorful ni.. thanks ye mamafami.. menjadi experimen saya kali ni.. sib baik babah kata sedap.. hehheee.. bukan nak puji diri tau.. tapi mmg sedap bagi sesapa yg tak suka makan kek yg ada mentega mcm le babah nurin ni.. next trial ummi ingat nak wat berlapis2 mcm kek lapis sarawak tu.. mesti lagi cun...
 







Resipinya copy dari mamafami ye..


APAM INDON
Ingredients :
5 eggs
1 teaspoon ovalette
1/2 teaspoon vanilla essence (saya letak 1 sudu teh, nak hilangkan hanyir telur)
300 g flour
300 g castor sugar
250 ml coconut milk (I use fresh milk)
1/2 teaspoon baking powder
a pinch of salt
coloring of your choice

Method :

1. Prepare the steamer. To avoid water from dripping onto the cake, wrap the cover with a piece of clean towel.
2. Prepare the tin. Just layer it with greaseproof paper. Doesn't need to be greased.
3. Sift flour and baking powder. Set aside.
4. Mix salt and coconut milk. Stir till well dissolved.
5. In a mixer, place the eggs and ovalette. Beat on high speed till light and fluffy.
6. Pour in sugar, little at a time. Then vanilla essence.
7. Lower the mixer speed. Add flour bit by bit alternate with coconut milk. Cut and fold till well mixed.
8. Divide into 3 equal parts. And add a few drops of different coloring into each part and mix well. 9. Pour the first color into the tray and level it. Steam for about 10 minutes or until the top is no longer sticky.
10. Pour the second color and repeat the same procedure as # 9.
11. When the second layer is done, pour the final layer and steam for 25 -30 minutes on medium heat.



Selamat mencuba ye... mmg sedap....



Friday, December 17, 2010

Pulut kuning

Assalamualaikum semua... Salam perkenalan.. 
1st entry blog masak DAPURCIKPUANMIEZA ni ummi letak gambar pulut kuning... pulut kuning yang dibuat sempena hari lahir yang ke-2 anakanda ummi, MUHAMMAD AQIL NURHAN... 


resipi ni ummi tgk kat blog sifu masak kita tak lain tak bukan dari blog kak lieza... kalau ikut resipi tu kak lieza buat 1kg... tapi ummi tak lah buat spai 1kg... cuma 3 cawan beras je... santan pun cuma pakai santan kotak je... tambah air sikit utk imbangkan kepekatan santan tu... gula garam ikut sesedap mulut... ummi lbh suka pulut ni lemak manis... ala2 letupat palas yg manis tu...


PULUT KUNING (resipi asal dr blog kak hanieliza)

Bahan 
1 kg beras pulut [ dibasuhkan] 
3 keping asam keping 
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan 
air secukupnya untuk merendam pulut. 


1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat] 
garam 
gula 

Cara: 
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam 
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya 
beras pulut ini rata warna kuningnya] 
2. Toskan beras pulut dalam tapisan. 
3. Panaskan kukusan. 
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang. 
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk. 
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. 
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula. 
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan. 
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi. 
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk] 
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.